Wednesday, September 30, 2009

"Appo"??

Esk ada oral presentation TSP...Dr Ong punya kelas...Appo??
hehhe...

Aku tgh prepare r nih..hope esok lancar, no problem...amin

Tajuk aku STRUM...br ari ni aku tau ape dia STRUM ni...so, paham2 la...
skg nih bertungkus lumus nk pahamkn benda nih...

Esok full English, dh ar aku nih BI xla baguih sgt...
Korang doa2kn la aku ek...

K la...nk sambung wt keje balik...da...(^_^)

Tuesday, September 8, 2009

JalAn2 Ke KL Wif FaRehA...(^_^)

Hye semua...

Nak cite skit kat korang nih...
Smalam aku pegi Jalan Masjid India...Xla byk sangat borong barang, below hundred ar...ngeh3...

Mula2 aku janji ngan Zura and da geng, tapi disebabkan diorang nak pegi kul 10, aku rasa lewat sangat tuh. So aku pon on jela ngan Fareha. Kitorang naik bas kul 8.30. lbih kurang kul 10 sampai la sana...

Nak dibuat cite la kan. Aku ni memang tak penah jalan2 ngan kawan2 kt KL nih..kalau naik keta ngan family pnah la. Fareha pon ingat2 lupa jalannya...So, rusa masuk kampung kan. Ape lagi, redah je la..hehe

Kitorang explore sdirik, carik destinasi yg nak dituju tu. Tanya orang lagi. Yang xleh lupa, ada orang tu salah bagi instruction. Nasib baik xsesat. hukhuk... At last, jumpa gak ar. Dh jumpa tempat tu, ape lagi...BORONG ar...hehehe

Tapi kitorang balik dalam kul 2 lbih camtu r..Husmate aku sume gelak2. Diorang kata watpe pegi KL kalau kejap jek. Diorang ingat aku blik malam. Sory la beb. Aku kalau dah bjalan, kalau kaki dah sakit, rumah la tempat dituju. Lagi satu, bulan2 pose ni xbest sangat jalan2, merendut. Dahaga seh....Sian Fareha, yela, balik awal. entah2 xpuas lagi merendut. Fareha?? Hehee...

Aku sertakan sekali la gambar barang2 yg aku bli...Murah je tp...tp hebat dari segi kualiti dan kuantiti...I like...hehe






ni untuk adik2 and akak aku...mklumla...adik-bradik aku ramai pompuan....yg ni just yg aku bli kt Jalan Masjid India, x campur yg lain g...hek2...adik-bradik punya pasal...no hal lah...





murah jek gelang nih...rm5..Fareha tlg pilihkan...hik2









Ni aku bli tuk mama...cantik...(^_^)




yang ni tudung for me...RM15 dua...





ps: Fareha jangan plak serik kuar ngan aku ek. Xpe2. Sem depan kita balik lewat skit. Xpon kita tido umah akak aku. sambung shopping esok hari plak...OK?hehehe...
Sayang Fareha...(^_^)

Aku Asam Masin???

Assalamualaikum pada semua.

Mesti korang semua tertanya-tanya, apa plak kena mengena asam masin dengan aku?? hahaha...

Nak dijadikan cerita la kan, ada la sorang hamba ciptaan Allah ni bagi gelaran asam masin kat aku. Kenapa? Sebab aku pnah pakai baju and tudung warna asam masin. Striking la agaknya bagi dia. Sejak ari tu, dah lekat dah kat mulut dia ni panggilan tu. Jumpa je aku, asam masin. Jumpa je aku, keruh.. Jumpa je lagi skali, biru UMNO. (Dia & orang2 tertentu je paham pernyataan nih) Ko kutuk aku yek...Oooo...TAkpe2, sempena nak bulan Ramadhan ni, aku usaha tingkatkan lagi kesabaran aku. Cececehhh....(^_^)

Korang nak tau sape yang aku maksudkan ni? budak ni nama dia hafiza..kitorang panggil dia AA...

Aku actually nak post gambar dia skali, saje nak knalkan awek cun ni kat korang. Tak abih stakat asam masin je tau. Dia siap kata aku ni unik. Unik tang mana pon tak tau la. Ko kna check mata kot AA. Hehehe... Aku tak tau la kata-kata tu ikhlas dari lubuk hati dia ataupun tak... (^_^) AA selalu je duk usik aku. Boleh dikatakan hari-hari. Dia kata ape lagi tau, aku ni suka warna yang "lain daripada yang lain". Biru UMNO la, warna-warna keruh la. Aduhai, mulut tak dek insyuran ke sayang?? hahaha... Ko ni ada-ada je AA kan. Ko jelez ngan aku yek?!! hahaha....

Hari ni ada lab Bio Kembang, dalam lab pon dia leh usik aku lagi. Aku ape lagi, aku tembak dia dengan machingan aku...TTTrrrrr...Aku sembur api skit, ha, panas AA? haha...

Walaupun AA ni suka usik aku, tapi best la. Tak kering gusi aku, ape taknye, duk gelak sakan. Habis air sebotol aku minum. Balik daripada kelas tu aku brenti bli air kat Santai, kedai bawah umah aku.Nak buat macm mana, Dahaga seh, layan songeh AA...
hehe...

Lagi satu, AA ni kadang2 pelat gak. Dia panggil nama aku lain skit dari orang lain. Pelat kot. Kalau orang lain selalunya panggil aku faten, aten tak pon nik..Tapi AA ni panggil aku ape tau? "Paten"...but NOT that kind of "ikan patin" ok...hikhik

Tapi ape2 pon AA, aku xamik ati pon. Tapi kalau aku bertukar menjadi insan yang bermulut laser macam Azwan Ali tu, tak de orang lain la tu yang ngaja aku. KOrang salahkan AA yek. Ko punya keje la nih AA...Upss... hahaha...

Kepada AA, xkesah pon kalau nk teruskan usik aku. Go on. Nanti lpas grad mesti ko rindu nak usik aku kan. Tak pon, ko sentiasa terkenangkan aku tiap kali ko makan asam masin nanti. >>especially time ko berbadan dua nanti<<< upsss....ngeh3x.. (^_^)

Alloo Semua...(^_^)

Assalamualaikum semua...(^_^)

Sihat tak ni? NApe ramai yang batuk2 je nih? Yang selsema pon ada nih. Ha, jangan tunggu lama2, trus pegi klinik tau, check tahap kesihatan anda semua. Maklumlah, sekarang ni wabak H1N1 semakin teruk dan kadang2 tak terkawal. Aku pon hari tu sakit2 badan, batuk dan sakit kepala. Pegi Pusat Kesihatan UPSI ni je. Jumpa Dr laki ni, hensem gak.Leh tahan ar. Hehehe...but that's not the main point. Masa kat sana, aku ni takut gak kot2 berjangkit ngan orang yang memang positif H1N1. Yelah, mana kita nak tau kan. Kalau dah nak berjangkit tu, jangkit jugak.

Dr Nor Azah, lecturer TBC aku pnah cakap yang virus ni sebenarnya bersifat asid. So, kalau nk neutralkan dia, kena la makan bendalah yang beralkali kan. Tapi jangan plak korang makan sabun ataupun detergen...hehehe...
Maksud aku macam makanan yang mengandungi garam. Garam kan ada elemen Na+ (kumpulan 1 dalam periodic table yg bersifat alkali).

Tapi, aku ada lawat satu laman blog ni. brother ni cakap kita mudah dijangkiti sebab antibody kita yang lemah. So kat bawah ni aku amik daripada blog brother tu tentang cara2 nak kuatkan balik antibody kita:

Oleh kerana ianya disebabkan selsema, kecenderungan nak boleh sakit ni bergantung kepada antibodi kita. Kalau antibodi kuat, susah nak dapat. So cara nak tingkatkan atau kuatkan antibodi ayng berkaitan selsema yang biasa kita dengan ialah dengan:

1. Makan buah / jus oren

- part ni memang best sebab saya memang suka makan buah oren..tapi sekarang dah senang, tak perlu nak perah buah oren baru dapat jus..Korang pergi je kat kedai beli air jus oren..Tapi saya syorkan beli Twister tropicana sebab ianya lebih pure oren dan lebih tinggi nilai vitamin A,C & E. Tambah pulak sekarang ada contest mudah. Beli twister, then jawab soalan mudah.Anda mungkin menang BMW 3 Series tu.. nak sertai, terus ke Contest Twister Tropicana (terover promo pulak :) kalau ejen twister baca ni, bagilah komisyen sikit..hehe .So kan dah bagus tu, sambil kita kuatkan antibodi kita melawan penyakit berbahaya ni, dapat jugak kita berpeluang menang kete BMW ni (doa-doakanlah saya dapat BMW ni..hehe)
2. Makan buah /jus epal hijau

- buah kedua yang disarankan ialah epal hijau..juga sebab vitamin c dan khasiat yang ada dalam epal hijau ni. taknak buat buat jus, korang makan gitu pun xpe. tapi masam sikitlah sebab saya kurang suka masam..hehe.
3. Makan buah kurma

- buah yang sunat di makan. sebab Nabi Muhammad S.A.W pun memang saran kita makan buah kurma sebabkan khasiatnya. Tu Nabi pernah hanya bersahur makan kurma dan air je. So bayangkan betapa berkhasiatnya buat kurma ni..tapi kita, kalau tak bulan puasa pasti kita tak makan kurma kan? saya pun
4. Makan pil vitamin C

- kalau kepada sesiapa yang tak sjavascript:void(0)
Publish Postuka makan buah tu, belilah pil vitamin C kat mana-mana farmasi. Tapi pastikan makan mengikut sukatan yang ditetapkan tau. Tapi ketahuilah, sebaiknya makananlah dari sumber yang semulajadi kejadiannya.

Tapi, aku nak gak kongsi ngan korang semua tentang ape yang aku post ni. betol ke? Tak betol ke? Korang bagi la pendapat korang sendiri. Kita leh kongsi sama2. Yelah, virus ni merbahaya, sama2 la kita cari jalan penyelesaian untuk mengurangkan wabak ni daripada terus MEMBUNUH mangsa2nya.

Tazkirah

Sesi Tazkirah kita untuk hari ini. Dengan harapan, kita sama-sama dapat iktibar....
InsyaAllah....

Kata-kata Nasihat Dari Ibnu Qayyim.

1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima
kehendak Allah s.w.t.

2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak
dengan Allah s.w.t.

3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok
mengenali Allah s.w.t.

4. Di dalam hati manusia ada kegellisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung,
bertemu dan berjumpa dengan-Nya.

5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan
suruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadar-Nya.

6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali dengan
menanamkan kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya.


Sama-sama kita renungkan dan...Selamat beramal...(^_^)