Sunday, September 9, 2012

cikgu oh cikgu

betullah kata orang, guru praktikal dengan guru sebenar memang banyak bezanya...

Guru praktikal, sibuk pk mcm mana nak tarik prhatian pelajar utk pastikan dapat markah tinggi bila pensyarah nak observe...

guru sebenar, sibuk pk mcm mana nak tarik perhatian pelajar supaya fokus dan siapkan latihan yg kita bagi sebab kita tau yg kitalah yang membuka pintu masa depan mereka... kita sedih bila diorang main-main je jawab PBS... kita sedih bila diorang hanya gunakan short term memory sahaja sepanjang pembelajaran dan pelajaran berlangsung.... kita sedih bila diorang selalu ponteng sekolah... kita sedih bila diorang xde rasa hormat bila bersama guru...

Tapi, dalam banyak-banyak yang kesedihan tu, ada jugak yang buat kita suka sangat bila kita jadi guru sebenar... kita suka bila pelajar2 yang pada awalnya x hormat kita, tiba2 bertukar karektor jd budak baik... kita suka bila pelajar panggil kita "ummi" (erkkk... tua ke i ni??? huuu) ... kita suka bila pelajar yg dulu diam tp skg dh suka bertanya kalau x paham... kita suka bila pelajar yang dulunya xnak dengar ape yang kita ajar tp last2 dialah yang akan duduk kat meja paling hadapan masa kelas... kita suka bila pelajar tahu, penting PBS utk masa depan diorang... kita suka bila pelajar tau tugas dia sbg pelajar...

kita bukan bias, cuma nak utarakan jelah... kita suka pelajar klas yang kurang pandai, sebab diorang sedar yang diorang kena kuat berusaha utk berjaya... tp kalau kelas yang kelas depan atau pertengahan, diorang mgkn berada di aras yangselesa atau terlalu selesa, sehingga lupa yang hidup tu umpama roda. bukan selalunya kita di atas, so, kna la kuat berusaha... ^_^

ps: tak rugi la jadi cikgu... yang duniawi kita dapat, yang ukhrawi pn kita bleh dapat... perbetulkan niat..insyaAllah, Allah akan permudahkan jalan kita.. 

Friday, April 20, 2012

Bicara ‘ORGAN’isasi



Pada suatu malam yang hening, sekujur tubuh terbaring kaku(Cuma TIDO MATI tapi belom MATI lagi ok) di atas sofa bersaksikan televisyen yang takde siaran (maklumlah, pakai antenna je coz tak mampu bayar astro)…dek kerana lena sangat tidonya, sampai x perasan kehadiran ‘suara-suara’ yang seolah-olah sedang berbisik (kalau dengar confirm jadi meroyan orang nih)… siapakah mereka??? Jeng…jeng…jeng… ZZzzzasssss……..

GINJAL: Arghhhhhh !!! aku dah tak tahan la, rasa gatal satu badan dah ni… hei HATI, cuba ko tengok aku ni, pnuh dengan sisa-sisa yang ntah pape dah ni… aku punya penapis (bowman capsules) pun dah rosak…  sebab tu aku biarkan sesetengah sisa tu ikut arus SALIRAN(blood capillary) je, dah xlarat aku nak tapis sume tuh… yang masuk ni  pon dah tak tertapis, makin tak terdaya nak menahan…hmmmmm

HATI: OOooo…. Ni sume keje ko la GINJAL ek?? Sampaikan aku ni penuh dengan toksin-toksin, badan aku membengkak, arus saliran  aku pon tersumbat dah kebanyakannya nih… sepatutnya ko jalankan keje ko dgn baik dan efisien…  ini tidak, pakai lepas tangan je… heiii… geram tol aku…

GINJAL: apelak… ni semuanya salah si PERUT la… entah ape yang dia dah proses, kemudian senang-senang je passing kat kita… rakan komplot dia si panjang (intestine) pon dua kali lima… asyik duk serap, serap, serap pastu, tup2 passing kat kita jugak…ishk3…  ko nak tau HATI? Tangki (gall bladder) aku dh berkeladak, siap ada batu karang, nasib baik xdek ikan hiasan je dlm tuh… berat masalah aku ni… paghok ! paghok !  >_<”

PERUT:amboi-amboi.. patotla telinga aku ni gatal jek dari tadi…. Korang ni tak takut kena azab makan daging sedara sndiri kat akhirat nanti ke?? Mengumpat je tau… jangan la korang salahkan aku pulak.. ape yang jatuh dalam kawasan aku, aku proses jela… kadang-kadang tu, aku tolak kat si PANJANG(INTESTINE) terus sebab kuli-kuli (enzim-enzim) aku dah abih shift, so depa balik umah, kuli yang tinggal ni pon depa dah penat n tak larat dah nak proses… mana taknya, tak sampai sejam, ada lagi yang masuk (makanan) ke kawasan aku…senang kata, setiap masa aku kna proses…almaklumlah, pintu umah aku ibarat sentiasa terbuka… nak tolak pon tak boleh…rezeki…huhuuu… tapi aku kesian gak tengok si SALIRAN tuh…

HATI: eh..eh… kenapa lak kau nak kesian?? Kat aku ni kau tak reti kesian pulak? Ape celop toq? Huh !

PERUT: yela, masa dia bekalkan aku oksigen, sempat la gak aku sembang-sembang ala mesyuarat tingkap ngan dia tadi… dia gitau aku yang dia tak larat nak bawak diri dia dh skg ni… dia ase dia cam dah overweight…erkk… aku nampak cam dah obes si SALIRAN tu…  mana taknya, gula dan mineral lain tak penah berkurang… makin bertambah adalah… cecair badan dia tu pon aku tengok dan makin pekat, likat…sadis tol…dia cakap kat aku dia tak dapat bekalkan oksigen byk2 mcm dulu…pening aku duk pikir nak cari pembekal oksigen lain la pulak pasni… ada ke??? aduuuuhaii… -_-“

SALIRAN: aku dengar ape kau cakap tu PERUT weh… huhuuu… maaflah kawan-kawan.. aku dah tak macam dulu dah… nak kata tua, umur muda lagi… tapi korang tengok la badan aku ni… dah sarat sangat dah ni… banyak bahagian badan aku yang hampir-hampir nak tersumbat… Ha ! Ginjal, aku penah mintak kau tanyakan tangki kau tu, ada x gula terlepas masuk dalam tuh??

GINJAL: ape pulak tak ada… blambak dah yang lepak kat tangki aku tuh…protein pon ada kalau kau nk tau… aku pon dah tak mampu nak tapis lagi dah benda-benda tu semua… banyak penapis aku yang rosak… nak cari sparepart kat mana ek??? Paghok ! Paghok ! camne bleh jadi macam tu plak SALIRAN weh?? Pelik aku…

SALIRAN: kau tanya la si DAUN (PANKREAS) tuh… ape dah jadi kat insulin yg dia bekalkan… macam dah rosak akhlak dah si DAUN nih… dah banyak kali aku ngadu kat dia tentang masalah aku ni… tp dia buat muka seposen jek..  erghhhh… sabar jela…

HATI: dia ada masalah kot… meh aku Tanya… DAUN… OOooo DAUN… kenapa dengan kau ni? Tak kesian ke kat si SALIRAN ni?? Dah serupa cam pompuan yang sarat ngandung dah aku tengok… kau ada masalah ke DAUN? Gitau la kitorang… Ce cite… ce cite…

DAUN: ermmmmmmm…. Macam Datuk Siti cakap… Biarlah rahsia……  =_=”

HATI, GINJAL, PERUT, SALIRAN: ……….. ikut suka mu ah…………(bengang !)

~ bersambung ~

Ps: Jagalah ORGANisasi anda sebaik mungkin.... anda adalah ape yang anda makan... ^_^