Pada suatu malam yang hening, sekujur tubuh terbaring kaku(Cuma
TIDO MATI tapi belom MATI lagi ok) di atas sofa bersaksikan televisyen yang
takde siaran (maklumlah, pakai antenna je coz tak mampu bayar astro)…dek kerana
lena sangat tidonya, sampai x perasan kehadiran ‘suara-suara’ yang seolah-olah
sedang berbisik (kalau dengar confirm jadi meroyan orang nih)… siapakah
mereka??? Jeng…jeng…jeng… ZZzzzasssss……..
GINJAL: Arghhhhhh !!! aku dah tak tahan la, rasa gatal satu badan dah ni…
hei HATI, cuba ko tengok aku ni, pnuh dengan sisa-sisa yang ntah pape dah ni…
aku punya penapis (bowman capsules) pun dah rosak… sebab tu aku biarkan sesetengah sisa tu ikut
arus SALIRAN(blood capillary) je, dah xlarat aku nak tapis sume tuh… yang masuk
ni pon dah tak tertapis, makin tak terdaya
nak menahan…hmmmmm
HATI: OOooo…. Ni sume keje ko la GINJAL ek?? Sampaikan aku
ni penuh dengan toksin-toksin, badan aku membengkak, arus saliran aku pon tersumbat dah kebanyakannya nih…
sepatutnya ko jalankan keje ko dgn baik dan efisien… ini tidak, pakai lepas tangan je… heiii…
geram tol aku…
GINJAL: apelak… ni semuanya salah si PERUT la… entah ape
yang dia dah proses, kemudian senang-senang je passing kat kita… rakan komplot dia
si panjang (intestine) pon dua kali lima… asyik duk serap, serap, serap pastu,
tup2 passing kat kita jugak…ishk3… ko
nak tau HATI? Tangki (gall bladder) aku dh berkeladak, siap ada batu karang,
nasib baik xdek ikan hiasan je dlm tuh… berat masalah aku ni… paghok ! paghok !
>_<”
PERUT:amboi-amboi.. patotla telinga aku ni gatal jek dari tadi….
Korang ni tak takut kena azab makan daging sedara sndiri kat akhirat nanti ke?? Mengumpat
je tau… jangan la korang salahkan aku pulak.. ape yang jatuh dalam kawasan aku,
aku proses jela… kadang-kadang tu, aku tolak kat si PANJANG(INTESTINE) terus
sebab kuli-kuli (enzim-enzim) aku dah abih shift, so depa balik umah, kuli yang
tinggal ni pon depa dah penat n tak larat dah nak proses… mana taknya, tak sampai
sejam, ada lagi yang masuk (makanan) ke kawasan aku…senang kata, setiap masa
aku kna proses…almaklumlah, pintu umah aku ibarat sentiasa terbuka… nak tolak
pon tak boleh…rezeki…huhuuu… tapi aku kesian gak tengok si SALIRAN tuh…
HATI: eh..eh… kenapa lak kau nak kesian?? Kat aku ni kau tak
reti kesian pulak? Ape celop toq? Huh !
PERUT: yela, masa dia bekalkan aku oksigen, sempat la gak
aku sembang-sembang ala mesyuarat tingkap ngan dia tadi… dia gitau aku yang dia
tak larat nak bawak diri dia dh skg ni… dia ase dia cam dah overweight…erkk…
aku nampak cam dah obes si SALIRAN tu… mana taknya, gula dan mineral lain tak penah
berkurang… makin bertambah adalah… cecair badan dia tu pon aku tengok dan makin
pekat, likat…sadis tol…dia cakap kat aku dia tak dapat bekalkan oksigen byk2 mcm
dulu…pening aku duk pikir nak cari pembekal oksigen lain la pulak pasni… ada ke???
aduuuuhaii… -_-“
SALIRAN: aku dengar ape kau cakap tu PERUT weh… huhuuu…
maaflah kawan-kawan.. aku dah tak macam dulu dah… nak kata tua, umur muda lagi…
tapi korang tengok la badan aku ni… dah sarat sangat dah ni… banyak bahagian
badan aku yang hampir-hampir nak tersumbat… Ha ! Ginjal, aku penah mintak kau tanyakan
tangki kau tu, ada x gula terlepas masuk dalam tuh??
GINJAL: ape pulak tak ada… blambak dah yang lepak kat tangki
aku tuh…protein pon ada kalau kau nk tau… aku pon dah tak mampu nak tapis lagi
dah benda-benda tu semua… banyak penapis aku yang rosak… nak cari sparepart kat
mana ek??? Paghok ! Paghok ! camne bleh jadi macam tu plak SALIRAN weh?? Pelik aku…
SALIRAN: kau tanya la si DAUN (PANKREAS) tuh… ape dah jadi
kat insulin yg dia bekalkan… macam dah rosak akhlak dah si DAUN nih… dah banyak
kali aku ngadu kat dia tentang masalah aku ni… tp dia buat muka seposen jek.. erghhhh… sabar jela…
HATI: dia ada masalah kot… meh aku Tanya… DAUN… OOooo DAUN…
kenapa dengan kau ni? Tak kesian ke kat si SALIRAN ni?? Dah serupa cam pompuan
yang sarat ngandung dah aku tengok… kau ada masalah ke DAUN? Gitau la kitorang…
Ce cite… ce cite…
DAUN: ermmmmmmm…. Macam Datuk Siti cakap… Biarlah rahsia…… =_=”
HATI, GINJAL, PERUT, SALIRAN: ……….. ikut suka mu ah…………(bengang
!)
~ bersambung ~
Ps: Jagalah ORGANisasi anda sebaik mungkin.... anda adalah ape yang anda makan... ^_^