Friday, July 26, 2013

kenangan di dinding sekolah

tak sangka..... bertugas kat sekolah tu baru je setahun dua bulan, tapi pelajar dah ukir nama aku kat dinding...

ye, dinding... dinding sekolah pula tu... hahahaa

tindakan pelajar tu pada awalnya memang mengundang kemarahan, terutama pihak badan disiplin...

alkisahnya macam ni, pengawas yang selalu bertugas kat area tangga blok tingkatan 1 tu yang perasan. so dia report la pada kawan sekerja aku, cikgu Faz... diorang nak bagitau aku terus tapi takut aku sedih pulak... biasalah... jadi guru disiplin ni kadang-kadang mengundang musuh... musuh yang bernama tikus... depan cikgu tunjuk tak berani buat apa-apa..bila belakang cikgu dia buat macam-macam... kutuk habis-habisan..

dari apa yang aku teliti, pelajar yang pahat nama aku kat dinding tu mesti pelajar yang aku ajar... dan pelajar tingkatan 1... kalau dikecilkan skop pencarian, suspeknya ada... cuma minggu depan baru boleh mulakan siasatan... TAK SABAR.... huhuhuuu...

mula-mula memang sedih, sebab pelajar sanggup bertindak sampai macam tu sekali... tapi bila difikirkan balik, apa sangat yang nak terasa?? kalau salah tu, tetap salah... hukum tetap hukum... kalau pelajar tak ikut peraturan sekolah, datang sekolah dengan kuku panjang, baju selekeh, lipat lengan baju macam gengster, baju conteng sana-sini, keluar kelas tanpa pas kebenaran, ponteng, lewat masuk kelas dgn sengaja dll, dah memang patot la kena tindakan disiplin...

remaja oh remaja... tau nak memberontak je kamu ni ye... takpe-takpe, lain kali kalau nak conteng lagi nama cikgu kat dinding, sila bagitau ye... nanti cikgu bagi kamu marker pen.. senang, bagi penalti depan kamu terus... hahaa

takpelah...pelajar ni, kalau dia dah besar pon, aku dapat rasakan yang nama aku dia akan ingat sampai bila-bila... maklumlah, aku kan tinggalkan impak besar pada dia... hohohoo... tak apelah, aku doakan semoga pelajar tu menyesal dan mahu berubah kepada yang lebih baik... moga Allah permudahkan...

ps: bila dah jadi pendidik ni, kata-kata kena sentiasa jaga...maklumlah, kata-kata cikgu nih in sya Allah senang dimakbulkan.. lebih baik terlajak perahu daripada terlajak kata-kata... okey, dah azan subuh dah... pasni nak berangkat balik ke kampung...cuti 3 hari.. smoga selamat perjalanan pergi dan balik kami..aminnnn... ^_^

No comments: